Thursday, January 29, 2009

AKHLAK 1 - KEPENTINGAN ILMU AKHLAK DAN PERKEMBANGANNYA

Kepentingan Ilmu Akhlak

Tidak diragui lagi bahawa ilmu akhlak merupakan salah satu daripada ilmu-ilmu asas yang perlu diketahui dan diamalkan yang mempunyai kepentingan yang sangat besar. Ini kerana olmu akhlak Islam merupakan `Produk` yang terhasil daripada aqidah yang benar pada diri seseorang muslim. Bahkan ianya merupakan faktor-faktor yang dapat menghubungkan antara insan dengan penciptanya yang maha agung, yang mana Dia {Allah s.w.t} merupakan maksud terakhir daripada kehidupan ini. Begitu juga Syariat Islam yang agung juga, yang mana ianya terdiri daripada pelbagai sistem kehidupan yang sempurna sama ada dari aspek peribadi, keluarga, masyarakat, ekonomi, politik dan selain daripadanya, tidak akan sempurna kecuali setelah melalui `Tharikah Akhlakiah` yang benar yang merupakan dasar yang membangunkan syariat itu sendiri.

Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w.w sendiri telah menggambarkan kepada kita bahawa tujuan akhir daripada risalah dakwah yang dibawa oleh baginda {begitu juga para imam Ahlul Bayt a.s} akan terpusat pada `Makarimul Akhlak` {kemuliaan-kemuliaan akhlak}, sebagaimana sabda baginda s.a.w.w

"Hanyasanya aku diutus adalah untuk menyempurnakan kemuliaan-kemuliaan akhlak"

Begitu juga jika ada hal yang lebih agung daripada akhlak pasti Allah s.w.t akan memuji makhluk pilihan yang terbaik Muhammad s.a.w.w dengan hal tersebut, sebagaimana firman Allah s.w.t

"Dan sesungguhnya kamu {wahai Muhammad} berada diatas khuluk {perilaku} yang sangat agung"

Surah Al- Kalam Ayat 4

Ilmu akhlak juga merupakan di antara ilmu-ilmu yang sangat menitik beratkan kajian tentang menusia itu sendiri, samada ianya membahaskan tentang perihal-perihal insan yang berbeza-beza, ia juga membahaskan mengenai fadhail {kemuliaan} yang harus dijinakkan oleh setiap insan dan sebaliknya Raza`il {keburukan} yang harus disingkirkan dari dalam diri insan itu sendiri. Ia juga menerangkan mengenai hubungan ilmu akhlak itu sendiri dengan ilmu-ilmu dan makrifah yang lain. Kesemua daripada kandungan ilmu akhlak ini sangat memberi kesan yang besar di dalam mempraktikkan syariat agama dan merupakan satu-satunya alternatif bagi menyembuhkan `penyakit` di dalam masyarakat sama ada dari aspek ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan. Maka dalam hal ini Rasulullah s.a.w.w merupakan `Doktor` yang pertama di dalam memeinkan peranan sebagai penyembuh kepada `penyakit` masyarakat, sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam mensifati baginda s.a.w.w sebagai `simbol ikatan' di dalam akhlak bagi menuju Allah s.w.t.

"Sesungguhnya bagi kalian pada diri Rasullah s.a.w.w satu contoh yang baik bagi orang-orang yang berharap untuk bertemu dengan tuhannya dan mengingati Allah dengan banyak"

Begitu juga Ahlul Bayt a.s memainkan peranan yang sama seperti apa yang dilakukan oleh Rasullah s.a.w.w. Ini terbukti di dalam firman Allah s.w.t di ddalam ayat tathhir.

Hanyasannya yang diinginkan oleh Allah adalah untuk menghindarkan segala noda dari kalian Ahlul Bayt a.s dan mensucikan kalian dengan sesuci-sucinya”

yang menggambarkan keagungan peribadi Ahlul Bayt a.s. tanpa sebarang cacat cela dalam kehidupan mereka yang mencerminkan ‘Ketinggian Akhlak Ilahi”.

Jika kita lihat dari aspek sejarah dunia juga, kita akan dapati satu contoh yang jelas sebagaimana yang telah ditunjukkan kejayaan kebangkitan revolusi Islam Iran yang dipimpin oleh seorang pemimpin agung Islam iaitu al-marhum Imam Khomeini q.s yang telah Berjaya merealisasikan ‘ Makarimul Akhlak’ yang menjadi asas perjuangan beliau.

Sebagaimana firman Allah s.w.t

“Hanyasanya yang takutkan Allah adalah daripada hamba-hambanya yang ulama”.

Dalam hal ini juga al-marhum q.s pernah menegaskan bahawa asas kepada ‘izzah’ (keagungan) seseorang muslim dan pemerintahan Islam terletak pada ilmu-ilmu kerohanian maknawi (akhlak). Sebagaimana al-marhum imam q.s sering menekankan peri pentingnya ilmu akhlak bahkan mewasiatkannya dalam ucapan beliau q.s :

“Sesungguhnya mengambil berat mengenai ilmu-ilmu kerohanian maknawi yang diungkapkan dengan istilah ilmu akhlak dan ilmu suluk (menuju) Allah s.w.t merupakan di antara Jihad Akbar dan merupakan di antara tuntutan-tuntutan Islam. Maka menjadi kewajipan adalah menggariskan satu system ilmu akhlak yang sewajarnya bagi merealisasikan tujuan agung Islam, serta mempersiapkan tenaga pengajar yang berkemampuan dari kalangan pelajar-pelajar Hauzah Ilmiah bagi mengajarkan ilmu ini dan menekankannya”

Di sini jelaskan bahawa membicarakan mengenai akhlak adalah satu tuntutan asas Islam dan pemerintahan Islam yang sangat penting. Begitu juga menyeru dan mewujudkan ‘Budaya Akhlak Islami’ dalam kehidupan seharian adalah sangat penting khususnya di zaman ini.

Perkembangan Penulisan Ilmu Akhlak Dalam Kebudayaan Islam.

Jika kita melihat di dalam dunia Islam khasnya, kita akan dapati bertapa banyak karangan-karangan dan kumpulan-kumpulan kitab yang penting di dalam ilmu akhlak. Untuk menghitung penulisan-penulisan tersebut adalah terlalu banyak, hanya di dini beberapa buah penulisan yang menjadi kitab induk di dalam ilmu akhlak yang akan dibahaskan, antaranya ialah ;-

Rasail Ikhwan Safa wa Khallan al-Wafa’ :

Pada kurun ke 4 hijrah terdapat sekelompok yang kurang jelas latar belakang mereka yang digelar ‘Ikhwan Safa’ telah mengarang beberapa buah risalah yang membahaskan ilmu-ilmu di zaman tersebut dan membahaskan juga kebatilan-kebatilan di dalam hukum. Kelompok ini mempelajari dan berpegang kepada aliran pemikiran “Akliah Falsafiah”. Oleh sebab itu di dalam kitab ini ianya lebih membahaskan ilmu akhlak secara meyeluruh dalam bentuk teori akal dan deria-deria irfani.

As-Sa’adah Wal Is’as fi Sirah Insaniah :

Pengarangnya ialah Syeikh Abul Hasan al-Amiri an-Naisyaburi (wafat tahun 381 H). Beliau merupakan salah seorang muhakkik yang mengarang kitab akhlak secara berasingan. Di dalam kitab-kitab akhlaknya ini, beliau membahaskan kefahaman-kefahaman akhlak dari kitab-kitab Plato, Aristotle serta memasukkan jjuga teori akal.

Tahzibul Akhlak Wa Tathhirul A’rak :

Pengarangnya ialah Syeikh Abu Ali Miskawaih (325-421 H) yang mana beliau ini merupakan di antara ahli hikmah Islam. Beliau merupakan orang yang pertama yang membahaskan ilmu akhlak melalui teori akal sahaja. Kandungan kitab ini terbahagi kepada 7 bab yang merangkumi pandangan-pandangan akhlak Plato, Aristotle, Jalinus serta hokum syariat Islam. Menurut beliau akhlak itu lahir daripada dalam diri sendiri, sebab itu beliau ada membahaskan mengenai diri dan kekuatan-kekuatan diri. Beliau juga mempunyai karangan akhlak yang lain seperti ‘al-Fauzul Akbar’ dan ‘Hikmah Khalidah’.

Ihya’ Ulumuddin :

Pengarangnya ialah Syeikh Abu Muhammad Bin Muhammad al-Ghazali at-Thusi (450 – 505 H). Kitab beliau ini dibahagikan kepada 4 bab iaitu 1/4 perbahasan Ibadat, 1/4 perbahasan Adat, 1/4 perbahasan Muhlikat{hal-hal yang merosakkan diri},dan 1/4 perbahasan munjiyat (hal-hal yang menguntungkan diri).Muqaddimah kitab ini membahaskan mengenai ilmu.kitab ini juga telah diringkaskan dalam sebuah kitab yang bertajuk ‘Kimiyai Sa’adat’

al-Muhjatul Baidha”Fi Tahzibil Ihya’:
Pengarangnya ialah seorang ahli hikmah ilahiah ahli hadis Muhammad bin Murtadha q.s yang digelar dengan nama Maula Muhsin Faidhul Kashani (1006-1091 H),dan yang menariknya beliau merupakan salah seorang murid langsung sadra Mut”allihah Islam,tokoh hikmah ilahiah dan failosof agong Maula Sadruddin as-Syirazi (Maula Sadra)q.s. Kitab beliau secara keseluruhan merupakan kritikan dan pembetulan kepada kitab Ihya’Ulumuddin oleh al-Ghazzali.Ini kerana menurut faidhul Kashani al-Ghazzali banyak menggunakan riwayat-riwayat dari perawi yang terkenal dengan pembohongan dan mereka-reka atas nama Allah s.w.t dan bertentangan sekali dengan riwayat-riwayat Ahlul Bayt a.s (masdarul ilmi).begitu juga menurut beliau al-Ghazzali banyak membawa kisah-kisah dan riwayat-riwayat yang pelik daripada golongan sufiah..
Bersambung…

No comments: